'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang
PUCHONG : Kedua-dua ibu bapa dua pelajar tingkatan satu yang lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang ketika pulang ke rumah mereka di Taman Yarl Puchong semalam melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan tragedi yang menimpa keluarga mereka. Kata Siti Khazlinawatey Abdul Razak, ibu kepada Mohd Shafiq Akmal Amran berusia 13 tahun, dia buntu bagaimana anaknya boleh hilang dihanyutkan arus deras. Siti Khazlinawatey berkata, dia dimaklumkan pihak sekolah berhubung kejadian menimpa anak keduanya itu. �Dalam pukul empat lebih cikgu datang ke rumah beri tahu yang Syafiq ini kata sudah dihanyutkan arus deras. Dia ikut laluan jalan pintas balik sekolah. Tiga orang waktu tu, yang seorang tu selamat yang lagi dua anak saya dengan anak kawan saya. Yang itu pun tak jumpa lagi sampai sekarang,� katanya sewaktu ditemui Astro AWANI di sini hari ini. Dalam kejadian jam 3 petang semalam, mangsa dan rakannya, Rafiuddin Fakhrullah dihanyutkan arus deras sejurus terjatuh ketika menyeberangi longkan...
Comments
Post a Comment