Sangka ikan pari, rupa-rupanya dron di pukat

Mat Daut Musa (depan) bersama dron berbentuk pesawat kecil dengan sayap sepanjang tiga meter yang tersangkut di pukatnya. ? Foto ihsan Facebook/DTTB Mat Daut Musa (depan) bersama dron berbentuk pesawat kecil dengan sayap sepanjang tiga meter yang tersangkut di pukatnya. ? Foto ihsan Facebook/DTTB PEKAN, 30 Okt ? Sebuah dron seberat 50kg, yang disangka ikan pari, tersangkut pada jaring seorang nelayan di perairan Nenasi di sini semalam.

Mat Daut Musa, 36, dan isteri Hawa Ishak, 34, mendapati jaringnya �terlalu berat� untuk ditarik sebelum menyedari ia sebuah dron berbentuk pesawat putih.

Beliau pernah mendengar insiden dron terhempas di dearah itu tetapi tidak menyangka akan menemuinya jam 9 pagi, lapor Harian Metro petang ini.

�Panik dengan penemuan hampir saja tangan saya terlepas pegangan jaring itu, namun isteri sempat menegur dan mencadangkan untuk membawanya ke jeti,� katanya.

Menceritakan situasi alat itu, Mat Daut menjangka dron itu terhempas tiga bulan lalu kerana sayap dan badan pesawat itu berlumut dan ada teritip.

Menetap di Kampung Serun di Jalan Pekan-Rompin, nelayan itu berkata dron itu kelihatan masih baik kecuali sayapnya sahaja merekah.

�[...] ini kali pertama saya melihat pesawat tanpa pemandu bersaiz besar dengan panjang sayapnya kira-kira tiga meter,� katanya.

Polis daerah Pekan menerima laporan penemuan dron tersebut dan pesawat itu akan dipulangkan kepada pemiliknya setelah siasatan selesai. 



Sumber Sangka ikan pari, rupa-rupanya dron di pukat

Comments

Popular posts from this blog

Rekaan Nasi Lemak, Ikan Bilis Dibawa Bertanding

5 Great Movies You Can�t Say No To In November 2017

Kanak-kanak dijumpai selepas empat jam hilang