Ratu cantik pakai �gaun nasi lemak� ke Las Vegas

Samantha Katie James memperagakan fesyen �nasi lemak�, yang dihiasi �telur�, �ikan bilis�, �timun�, �sambal� dan �daun pisang� dilekat di belakang gaunnya. � Foto ihsan Instagram/ sh3nt3ll3Samantha Katie James memperagakan fesyen �nasi lemak�, yang dihiasi �telur�, �ikan bilis�, �timun�, �sambal� dan �daun pisang� dilekat di belakang gaunnya. � Foto ihsan Instagram/ sh3nt3ll3KUALA LUMPUR, 31 Okt � Nasi lemak terlalu popular sehingga McDonald's mengambil ilham makanan ini untuk burgernya di Singapura.

Pengeluar kondom terkenal di dunia, sebuah syarikat Malaysia, menghasilkan bahan itu dengan �perisa nasi lemak�.

Kini, ratu cantik Malaysia 2017 pula akan menggayakan �fesyen� nasi lemak pula, rekaan pendatang baru Brian Khoo yang pernah dilatih di Dior. 

Samantha Katie James akan memakai fesyen tersebut, yang dihiasi �telur�, �ikan bilis�, �timun�, �sambal� dan �daun pisang� dilekat di belakang gaunnya.

Menurut foto-foto di Twitter kumpulan berita radio Astro, gadis kacukan Cina-Brazil dari Klang itu akan menggayakan untuk kategori pakaian kebangsaan.

Beliau akan memperagakan pakaian tersebut di pertandingan ratu cantik Miss Universe ke-66 di Las Vegas bulan depan.

Pakaian itu diumumkan petang ini dalam sidang media di Petaling Jaya.



Sumber Ratu cantik pakai �gaun nasi lemak� ke Las Vegas

Comments

Popular posts from this blog

Rekaan Nasi Lemak, Ikan Bilis Dibawa Bertanding

5 Great Movies You Can�t Say No To In November 2017

Kanak-kanak dijumpai selepas empat jam hilang