Ranieri tidak terkejut prestasi longlai Chelsea

LONDON: Claudio Ranieri berkata dia langsung tidak terkejut apabila juara Inggeris, Chelsea bergelut pada musim ini.

Bekas pengurus Leicester itu berkata, antara punca kemerosotan Chelsea ialah disebabkan kepulangan semula kelab itu ke saingan Liga Juara-Juara selain peningkatan kualiti pemain pencabar utama mereka musim ini.

Pengurus dari Itali itu menjulang trofi liga bersama Leicester pada 2016 tetapi dipecat sembilan bulan kemudian selepas The Foxes gagal mengulangi prestasi terbaik pada musim sebelumnya.

Sekali pun kemerosotan Chelsea tidak begitu drastik, kelab berpangkalan di London itu tampil dengan aksi tidak konsisten musim ini selepas merekodkan tiga kekalahan daripada 10 perlawanan liga.

Kelab dengan jolokan The Blues itu ketika ini menghuni tangga keempat liga dan ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester City.

"Sentiasa sukar untuk memenangi liga dua kali berturut-turut. Chelsea juga kembali ke Liga Juara-Juara jadi ia tidak mudah," kata Ranieri yang menguruskan Chelsea pada musim 2000-04 kepada Evening Standard.

"Ia tidak mudah apabila banyak pasukan lain mengubah pemain-pemain mereka."

Kegagalan Chelsea layak ke saingan Liga Juara-Juara musim lalu membantu pemain mereka untuk mendapatkan rehat sebaiknya dan ia terbukti selepas hanya tiga keputusan seri dan tujuh kekalahan direkodkan dalam semua kejohanan.

Selain menjulang trofi EPL, The Blues turut mara ke final Piala FA tetapi tewas kepada Arsenal.

Chelsea juga dipalit masalah ketika jendela perpindahan musim ini ketika pencabar utama liga lain tampil berbelanja besar untuk meningkatkan kualiti skuad masing-masing.

Begitupun, skuad kendalian Antonio Conte itu kembali ke saingan elit Eropah itu dengan prestasi yang baik apabila kekal tanpa kalah untuk menghuni tangga teratas kumpulan dan hampir melayakkan diri ke peringkat kalah mati.

Ranieri yang ketika ini mengendalikan kelab Perancis, Nantes begitupun percaya Conte mampu membawa Chelsea kembali ke tahap terbaik.

"Dia seorang yang periang. Dia pengurus yang menakjubkan dan cuba untuk melakukan yang terbaik bagi Chelsea," kata Ranieri. - REUTERS



Sumber Ranieri tidak terkejut prestasi longlai Chelsea

Comments

Popular posts from this blog

Kepakaran Interpol dalam 'Operasi Maharlika' kekang pengganas asing

Dakwaan mengenai penamaan dipalsukan tidak berasas - KWSP

Kanak-kanak dijumpai selepas empat jam hilang