Rekaan Nasi Lemak, Ikan Bilis Dibawa Bertanding
Kecoh seketika laman sosial di Malaysia hari ini apabila Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James menggayakan kostum bertemakan nasi lemak, lengkap dengan kacang, sambal, telur mata dan juga ikan bilis. Bagaimanapun, material yang digunakan bukanlah bahan-bahan nasi lemak yang sebenar. BACA : Kondom Perisa Nasi Lemak Dilancar Hujung Tahun Ini Seperti biasa, perkara tersebut mendapat reaksi berbaur warga laman sosial. Ada yang menyifatkan perkara tersebut sebagai kreatif dan bagi pereka fesyen, pastinya idea berkenaan mempunyai perbezaan dengan falsafah masing-masing. Antara pereka fesyen yang turut memberi respon terhadap busana itu ialah Hatta Dolmat. Untuk pengetahuan anda, busana rekaan pereka tempatan iaitu Brian Khoo akan dibawa ke pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Las Vegas pada 26 November ini. Dalam pertandingan itu, Samantha akan bersaing dengan 41 peserta ratu cantik seluruh dunia dalam edisi ke-66 pertandingan Miss Universe 2017 itu. ...
Comments
Post a Comment