Kerajaan akan rangka pelan pampasan kepada PLUS
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan merangka pelan dan mengkaji segala pertimbangan, sebelum kerajaan bersetuju membayar pampasan.
"Pampasan itu masih tertakluk kepada perjanjian sedia ada antara kedua-dua pihak (kerajaan dan PLUS).
"Oleh itu, apabila Perdana Menteri mengumumkan tol dimansuhkan, ia bermakna kami perlu membayar pampasan," katanya kepada Bernama selepas program The Nation yang disiarkan oleh Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama di sini hari ini.Othman berkata kedua-dua agensi itu akan bekerjasama menyelesaikan perkara itu.
"Kaedah pembayaran akan diputuskan menerusi rundingan. Namun, ia mestilah dalam situasi sama-sama menang (kerajaan dan PLUS)," katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata pampasan akan dibayar ke atas baki 20 tahun kontrak, yang sepatutnya berakhir pada 2038.
-- BERNAMA
Sumber Kerajaan akan rangka pelan pampasan kepada PLUS
Comments
Post a Comment