Posts

5 Great Movies You Can�t Say No To In November 2017

Image
Images: Warner Bros. Pictures and Disney/Pixar Can you believe it we�re about two months away until 2018? Honestly, what have we done so far in 2017? Well, one thing�s for sure, we�ve watched tonnes of epic movies throughout the year � some memorable, some that shouldn�t even exist, while others were quite underwhelming. So, to add to your long-list of must-watch movies this year, without further ado, here�s the top five movies you should look forward to this November. #1 Justice League [embedded content] This is the movie every DC Comics fanboy and fangirl have been waiting for! Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg, and The Flash all in one movie? What else can you ask for? Debuting just three weeks after Marvel�s critically acclaimed Thor: Ragnarok , will Justice League be able to overshadow the God of Thunder�s success? Cast : Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Amy Adams, Jason Momoa, Ezra Miller Premieres : 16 November 2017 #2 Coco [embedded content] You know almost every Disn

Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor

Image
SEREMBAN : Seorang ahli perniagaan dihukum penjara dua hari dan denda RM100,000 selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu seorang kontraktor untuk mendapatkan projek berkaitan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kira-kira enam tahun lalu. Ahmad Omar Noordin, 54, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan semula ke atasnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim G.Ramesh. Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Omar didakwa memperdaya Ng Suat Leh, 66, bahawa dia akan mendapatkan projek berkaitan pembangunan klia2 sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM200,000 melalui pesanan juruwang atas nama isterinya pada 18 Ogos 2010. Tertuduh turut didakwa memperdaya Ng bahawa dia akan mendapatkan projek yang sama sehingga mendorong mangsa mendepositkan wang RM5,000 ke dalam akaun bank milik isterinya pada 3 Sept 2010. Berdasarkan fakta kes, projek berkaitan pembangunan klia2 yang dimaksudkan dalam kes tersebut ad

Dakwaan mengenai penamaan dipalsukan tidak berasas - KWSP

Image
KUALA LUMPUR : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dan menyifatkan mesej audio, kini tersebar di media sosial dan WhatsApp, yang mendakwa penamaan ahli telah digantikan dengan nama lain yang tidak berkaitan, sebagai tidak benar dan tidak berasas. Dalam kenyataan, KWSP berkata ia melihat penyebaran maklumat yang mengelirukan itu, dengan niat untuk mengelirukan ahli dan mewujudkan keadaan yang tidak menyenangkan, dan akan mengambil tindakan tegas sebagaimana yang diperlukan. "Siasatan kami mendapati tiada rekod kes sedemikian seperti dinyatakan oleh individu dalam mesej audio tersebut. Jika ahli mendapati butiran penamaan mereka tidak tepat, sila tampil membuat aduan dengan KWSP supaya perkara itu dapat diselesaikan," katanya. Ahli digesa tidak diperdaya oleh mesej palsu itu dan berkongsinya di media sosial atau WhatsApp. Proses penamaan KWSP adalah amat sulit. "Hanya ahli yang boleh melakukan perubahan atau mengemaskini nama penama mereka. Ahli dikehendaki had

Tekong, pemancing hilang ditemui selamat

Image
YAN : Enam pemancing bersama seorang tekong bot yang hilang di perairan barat Kuala Sala, Yan, pada Ahad, ditemui selamat kira-kira jam 2 petang tadi oleh nelayan tempatan. Menurut Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said, bot yang membawa tujuh mangsa itu ditemui hanyut kira-kira 30 batu nautika dari kawasan mereka dilaporkan hilang selepas mengalami kerosakan enjin. Katanya, selepas bot yang rosak itu berjaya dibaiki, hasil bantuan yang dihulurkan oleh nelayan yang menemui mereka, bot terbabit bergerak ke Jeti Kuala Sala. "Bagaimanapun, dalam perjalanan, bot itu kehabisan minyak dan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar minyak dan menunda bot terbabit sehingga tiba di Jeti Kuala Sala petang tadi," kata Rozali. Enam mangsa yang dilaporkan hilang itu ialah tekong Khairul Anuar Arshad, 39, pemancing Mohamad Ramli, 57, Mohd Salihin Ibrahim, 52, Mohamad Nazri Abdul Hamid, 47, Azmi Raif Mohd Noh, 48, Jasri Daud, 48,

'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang

Image
PUCHONG : Kedua-dua ibu bapa dua pelajar tingkatan satu yang lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang ketika pulang ke rumah mereka di Taman Yarl Puchong semalam melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan tragedi yang menimpa keluarga mereka. Kata Siti Khazlinawatey Abdul Razak, ibu kepada Mohd Shafiq Akmal Amran berusia 13 tahun, dia buntu bagaimana anaknya boleh hilang dihanyutkan arus deras. Siti Khazlinawatey berkata, dia dimaklumkan pihak sekolah berhubung kejadian menimpa anak keduanya itu. �Dalam pukul empat lebih cikgu datang ke rumah beri tahu yang Syafiq ini kata sudah dihanyutkan arus deras. Dia ikut laluan jalan pintas balik sekolah. Tiga orang waktu tu, yang seorang tu selamat yang lagi dua anak saya dengan anak kawan saya. Yang itu pun tak jumpa lagi sampai sekarang,� katanya sewaktu ditemui Astro AWANI di sini hari ini. Dalam kejadian jam 3 petang semalam, mangsa dan rakannya, Rafiuddin Fakhrullah dihanyutkan arus deras sejurus terjatuh ketika menyeberangi longkan

Kanak-kanak dijumpai selepas empat jam hilang

Image
SHAH ALAM : Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Yayasan Sungai Jarom, Jenjarom dekat sini pada 1 tengah hari tadi ditemui selamat. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata kanak-kanak itu dijumpai bersendirian oleh orang awam yang kebetulan lalu di kawasan tepi sungai yang jaraknya kira-kira 500 meter dari rumah keluarga mangsa pada pukul 5.30 petang tadi. "Kanak-kanak itu diserah kepada polis dan telah dibawa ke Hospital Banting untuk pemeriksaan lanjut sebelum dikembalikan ke pangkuan keluarganya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Azizan turut menafikan kanak-kanak berkenaan dilarikan atau diculik oleh individu yang tidak dikenali seperti yang ditularkan di media sosial. Menurutnya sebelum hilang, kanak-kanak itu dikatakan mengikuti nenek dan jirannya ke belakang rumah untuk membuang kayu. "Selepas membuang kayu, neneknya menyedari cucunya itu telah tiada dan usaha mencari di sekitar kaw

Rekaan Nasi Lemak, Ikan Bilis Dibawa Bertanding

Image
Kecoh seketika laman sosial di Malaysia hari ini apabila Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James menggayakan kostum bertemakan nasi lemak, lengkap dengan kacang, sambal, telur mata dan juga ikan bilis. Bagaimanapun, material yang digunakan bukanlah bahan-bahan nasi lemak yang sebenar. BACA : Kondom Perisa Nasi Lemak Dilancar Hujung Tahun Ini Seperti biasa, perkara tersebut mendapat reaksi berbaur warga laman sosial. Ada yang menyifatkan perkara tersebut sebagai kreatif dan bagi pereka fesyen, pastinya idea berkenaan mempunyai perbezaan dengan falsafah masing-masing. Antara pereka fesyen yang turut memberi respon terhadap busana itu ialah Hatta Dolmat. Untuk pengetahuan anda, busana rekaan pereka tempatan iaitu Brian Khoo akan dibawa ke pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Las Vegas pada 26 November ini. Dalam pertandingan itu, Samantha akan bersaing dengan 41 peserta ratu cantik seluruh dunia dalam edisi ke-66 pertandingan Miss Universe 2017 itu.